Sabtu, 19 Oktober 2024

MASIHKAH KAU INGAT?



 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 😊

بسم الله الرحمن الرحيم


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ 💗


✒️  MASIHKAH KAU INGAT?

         "Alam tanpa manusia adalah mati.

            Manusia tanpa ruh adalah mati.

              Ruh tanpa Rasul adalah mati."

                     (Mursyid Walid al-Malik )

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Berkata 'arifbillah:

"Sesiapa yang mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya.Sesiapa mengenal Allah..maka binasa (fana') dirinya."


❤Ingatkah siapa kita yang sebenarnya?

Awal kejadian manusia itu telah lama wujud di alam ruh.. memuji dan memandang Allah mengikut kadar yang diizinkanNya.

(ألست بربكم.قالوا بلى شهدنا - الاعراف : 172)

"Maka Allah bertanya kepada ruh : Adakah AKU Tuhanmu?.Ruh menjawab: Ya.Bahkan kami menyaksikan Engkaulah Tuhan kami."


❤Ruh kita ini pada asalnya kaku.

Tiada sifat bagi ruh melainkan Allah persifatkan ia dengan sifat diperlihatkan, diperdengarkan, diperkalamkan, diperhidupkan diperkehendakkan, diperilmukan dan diperkuasakan TANPA alat zahir (mata telinga dan panca indera lain).

Hingga saat Allah menetapkan ruh kita melihat dan memujiNYA di alam zahir, maka ruh disarungkan dalam jasad manusia yang pelbagai keturunan dan berbeda warna kulit, bentuk badan dan sebagainya.


❤Tiada tujuan lain Allah menyarungkan ruh ke jasad manusia...melainkan agar ruh tetap bertauhid dan bertasbih padaNya.


Namun apabila ruh disarungkan jasad, segala makrifat (mengenal Tuhan) kita terdinding oleh dua daging.

☝Daging pertama ialah daging pada kepala (otak).

Itulah akal. Akal ini membawa diri kepada ketuhanan logik (Muktazilah)

✌Daging kedua ialah daging pada sebelah kiri (jantung).

Itulah nafsu. Nafsu ini tidak pernah berhenti menyeru kita kepada ketuhanan diri (Qadariah).


❤Segala maklumat alam Ruh ini tersimpan rapat dalam rahsia sanubari (sirr) setiap insan.

Sirr ini tidak hilang dan perlu dibuka kembali agar ruh tidak terus leka dan hanyut dengan pesona dunia.


Ruh kita perlu diingatkan kembali akan  kejadian dan tujuan asalnya.

❤Bagaikan cip komputer, ingatan ruh hanya dapat dibuka dengan kod saat kita:

i) Melafazkan dua kalimah syahadah

ii) Menerima dan mentaati sepenuhnya ajaran Rasulullah saw supaya nur kerahmatan Baginda saw memenuhi jiwa dan memimpin ruh kepada Allah.


❤Semakin bersih amalan seseorang dalam amalannya maka semakin melimpah nur dalam jiwanya.Hanya dengan kekuatan nur dapat membuka kembali 'cip maklumat' alam ruh hingga mengenal hakikat diri.

❤Hakikat makrifat ini hanya dapat dicapai melalui bimbingan guru mursyid yang benar. 


Namun jika sukar mendapatkan guru Mursyid,

❤MEMPERBANYAKKAN SELAWAT dan 

❤ISTIQAMAH mengamalkan ajaran Baginda saw akan menuntun kita kepada pemeliharaan Allah.

Semoga kita tidak terus menjadi ruh yang lupa dan terlena dengan tipu daya dunia yang sementara.


RUJUKAN KITAB:

1.Hasyiah al-Bajuri 'ala Kifayah al'awam

2.Allah : Syariat dan Hakikat  Mursyid Walid al-Malik)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ


🍃♥️🌹📚📚

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Malam Sunyi Sang Wali: Kisah, Teknik, dan Adab Khalwat

  _______________ Di balik gunung yang jauh dari hiruk-pikuk manusia, terdapat sebuah gua kecil yang hanya diketahui oleh segelintir pendudu...