TANDA-TANDA ORANG ARIF BILLAH'
Seperti kata-kata Guruku, tanda-tandanya seseorang itu Arifbillah' (Wali Alla
h Tersembunyi) itu adalah seperti berikut;
1) Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat Ilmu Ma'krifat.
2) Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya, kita akan memperolehi limpahan Rohani.
3) Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4) Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
5) Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan Ketenangan dan Keberkatan Cahaya yang keluar dari dirinya.
6) Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
7) Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.
8) Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
9) Arifbillah' itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang SUFI yang HAQ.
10) Arifbillah' itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah kalangan Ulama. Arifbillah' atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa didalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang yang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat (Menyendiri).
11) Arifbillah' atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding Ulama yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
12) Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah' atau Auliya’ Allah bahawa dirinya sering menerima pelbagai ujian daripada masyarakat awam yang tidak mengenali Martabat Kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah SWT dan sebagai kekasih Allah (Habibullah).
Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperlikan ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah SWT.
13) Sesiapa yang memuliakan Arifbillah', Allah SWT juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah', maka Allah SWT juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu ia berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
”Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi Wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar